Saturday 28 May 2011

3 Pembohongan Kepada ALLAH S.W.T

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum wahai para pencinta ilmu,pemegang panji LA ILAHAILALLAH dan saudara saudari Islam yang mencintai agama ALLAH ini. Semoga Allah merahmati diri yang hina ini serta kalian semua dan ditetapkan di dalam taufiq hidayah-Nya. Tidak aku mahu kalian kehilangan masa,aku teruskan penjelasan mengenai tajuk yang aku ingin bicarakan.

 Masruq berkata, "aku bersandar pada dinding di luar bilik Aisyah. Tiba-tiba dia berkata kepadaku, 'wahai Abu Aisyah. Ada 3 perkara yang siapa pun mengatakan salah satunya, bererti telah berbohong besar terhadap Allah.' Kemudian aku bertanya, "apakah tiga perkara itu?" Aisyah menjawab, "pertama,orang yang berkeyakinan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat Tuhannya." Masruq bercerita, 'waktu itu aku masih dalam keadaan bersandar. Tetapi setelah mendengar apa yang dikatakan Aisyah,aku segera duduk sambil berkata, 'wahai Ummul Mukminin, tunggu sebentar. Bukankah Allah s.w.t berfirman,

"Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal sekali lagi" (QS An-Najm: 13)

 ("Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata." (QS At-Takwir: 23)

Aisyah menjawab, "akulah orang pertama yang bertanyakan maksud kedua ayat tersebut kepada Rasulullah s.a.w, kemudian baginda s.a.w menjawab, "yang aku lihat adalah malaikat Jibril. Aku tidak melihat bentuk asli malaikat Jibril sebagaimana ia diciptakan oleh Allah selain pada dua kesempatan tersebut. Aku melihatnya turun dari langit sedangkan sayapnya meliputi langit dan bumi."
  Kemudian Aisyah meneruskan penjelasannya sambil berkata, "apa kamu tidak mendengar firman Allah s.w.t,

" Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata,sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya." (QS Al-An'am: 103)

Apa kamu tidak mendengar firman Allah s.w.t,


"Dan tidaklah layak bagi seorang manusia bahwa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja) atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan paa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaan-Nya, lagi Maha Bijaksana." (QS Asy-Syura: 51)

Ini pula hadits yang shahih. Dan ada riwayat shahih pula darinya yang menyelisihi riwayat tersebut, ia berkata:

"Tidaklah berdusta hatinya tentang apa yang dia lihat, dan sesungguhnya dia telah melihat Rabbnya pada waktu yang lain." (QS. An Najm: 11-12)

   Ibnu 'Abbas berkata, " Nabi s.a.w melihat Rabbnya dengan hatinya dua kali." [Mukhtashar Muslim: 83]. Dan tidaklah benar riwayat dari Ibnu 'Abbas yang menyatakan dengan jelas bahawa baginda s.a.w melihat Rabbnya dengan pandangan mata. Bahkan dalam sebagian riwayat darinya ia memutlakkan kata Ar-Ru'yah, dan dalam sebagian riwayat lainnya ia mentaqyidnya dengan pandangan hati sebagaimana dalam atsar terakhir tadi.

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahmatullah berkata, "Telah datang riwayat-riwayat mutlak dan muqayyad dari Ibnu "Abbas,maka wajib mentaqyidkan riwayat-riwayat yang mutlak tersebut."

  Ia juga berkata, " Ada kemungkinan untuk menggabungkan antara penetapan Ibnu 'Abbas dan penafian 'Aisyah (atas ru'yah[melihat Allah] Nabi s.a.w terhadap Rabbnya), iaitu dengan menafikan pandangan dengan mata dan menetapkan adanya pandangan dengan hati. Kemudian yang dimaksudkan dengan ru'yatul fu'aad adalah ru'yatul Qalbi (pandangan hati) dan bukan hanya adanya ilmu/pengetahuan, kerana sesungguhnya baginda s.a.w adalah orang yang selalu mengenal Allah s.w.t. [Fat-hul Baari (8/474)

Syaik kami (Al-Albani) berkata dalam menta'liq (mengomentari) hadits Ibnu 'Abbas tentang ru'yatul fu'aad: Aku katakan: Hadits ini mauquf,maka mafhumnya adalah bahawa Nabi s.a.w tidak melihat-Nya dengan matanya. Sehingga dengan demikian tidaklah bertentangan dengan hadits 'Aisyah di dalam bab ini yang menyatakan dengan jelas peniadaan ru'yah, kerana maksudnya adalah ru'yatul 'ain (pandangan mata). Dan yagn semisalnya adalah hadits Abu Dzar: Ia berkata: Aku bertanya kepada Rasululah s.a.w "Apakah engkau melihat Rabbmu?" Baginda s.a.w menjawab, "Sebuah cahaya,bagaimana mungkin aku dapat melihat-Nya." (diriwayatkan oleh Muslim).
  Memang benar hadits ini menyelisih hadits 'Aisyah dari sisi yang lain, kerana sesungguhnya ia ('Aisyah) bertanya kepada Nabi s.a.w tentang firman Allah s.w.t:

"Dan Sungguh dia telah melihatNya di waktu yang lain." (QS. An Najm: 13)

Baginda s.a.w menjawab, "Dia tiada yang lain adalah Jibril a.s." Dan termasuk hal yang tidak diragukan lagi bahawa riwayat yang marfu' didahulukan daripada riwayat yang mauquf." (Mukhtashar Muslim, hal.29 dan lihat ta'liq Syaikh Al-Albani terhadap aqidah ath-Thahawiyyah, hal.27)

Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah rahmatullah berkata: Sungguh telah benar dari Nabi s.a.w bahawa beliau mengatakan, "Aku telah melihat Rabbku Tabaaraka wa ta'ala." Akan tetapi hal itu bukanlah di waktu kejadian Isra' Mi'raj,bhakna tatkala beliau berada di Madinah, kemudian memberitahukan pada mereka (para sahabat) bahwa baginda s.a.w melihat Allah Tabaaraka wa ta'ala di malam itu ketika tidur. Maka dari tiu Imam Ahmad rahmatullah mengatakan, "Betul, beliau melihat-Nya,beliau melihat-Nya dengan benar,kerana sesungguhnya mimpinya para nabi adalah haq dan pasti." Akan tetapi Imam Ahmad tidak mengatakan bahwa beliau melihat-Nya dengan mata kepalanya ketika sedar. Dam barang siapa yang meriwayatkan hal itu darinya maka ia telah membuat kekeliruan. Akan tetapi ia (Ahmad) pernah mengatakan, "Beliau melihat-Nya." Dan pernah juga mengatakan, 'Beliau melihat-Nya dengan hatinya." Sehingga ada dua riwayat darinya. Dan ada riwayat ketiga darinya yang termasuk dari tindakan sebagian murid-muridnya, bahawa ia melihat-Nya dengan mata kepalanya. Dan inilah pernyataan-pernyataan Imam Ahmad yang ada,tidak ada di dalamnya hal itu. [Majmu' Fataawaa, (6/509)

Diteruskan dengan kata-kata Aisyah r.a mengenai sebab kedua pembohongan kepada Allah s.w.t. "Orang yang menyangka jika Rasul menyembunyikan sesuatu dari Kitabullah bererti telah berbohong besar kepada Allah. Sebabnya Allah s.w.t telah berfirman,

" Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusan-Nya dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang kafir. (QS. Al-Ma'idah: 67)

"Ketiga,orang yang menyangka jika Rasulullah mengkhabarkan apa-apa yang terjadi esok hari bererti telah berbohong besar terhadap Allah. Allah s.w.t berfirman:

"Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati). (QS. An-Naml: 665)

~Sumber dari buku Aisyah r.a Isteri Pilihan dan Syarah Ushulus Sunnah oleh Imam Ahmad bin Hanbal~

  

Monday 16 May 2011

Nak Couple,boleh tak?


Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.


Apa Itu Ber ‘couple’?
Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.
Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.
Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’?

 Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata.

 Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. 

Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,....
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:
Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.





Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.
Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.
Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Janji Allah, Dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta memilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:
Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.
Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh menghampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.
Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:
Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:
Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :
“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:
“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.

Bolehkah Bercinta Walau Belum Berkahwin Lagi?


Salam..
1.Saya ingin bertanya bolehkah pasangan itu bercinta walaupun tidak kahwin lagi..apakah hukumnya..dan boleh ustaz
terang se’detail’ yang boleh tentang hal ini.  
2.Bolehkah ustaz jelaskan terperinci tentang aurat lelaki..cntoh,aurat laki ketika same laki & betul ke aurat bagi lelaki jika memakai baju yang fit sedangkan lelaki boleh nampak dada & aurat pula pada pusat hingga lutut je..tolong jelaskan yek ustaz..tq

jawapan dari www.darulkautsar.com


1) Cinta Sebelum Berkahwin:

Cinta sebelum berkahwin telah menjadi gaya hidup zaman kini akibat pengaruh budaya luar. Cinta dalam Islam adalah sesuatu yang unik, suci, jujur dan amanah. Ianya tidak akan ada melainkan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Islam mengajar umatnya supaya bercinta dalam bentuk yang sah dengan penuh jujur, amanah, menjaga maruah dan beradab. Semuanya tidak wujud dalam cinta sebelum berkahwin.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( لَمْ نَرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلَ النِّكَاحِ ) ) رواه ابن ماجة (

Daripada Ibn ‘Abbas katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Kami tidak melihat bagi dua orang yang berkasih sayang seperti perkahwinan. (Ibn Majah: no. 1847)

Jika ada cinta dan kasih di antara dua orang maka itu kasih itu tidak dapat menandingi hubungan perkahwinan yang didiri atas tuntutan syariat. Sebab itu, cinta tidak kena pada tempatnya dan sebelum masanya dikira sebagai penyakit kronik, kerana ia lari dari sifat dan cara asalnya. Sebelum menyintai seseorang atau sesuatu, hendaklah cinta dan kasih kepada Allah bertapak kemas dalam diri. Jika ini ada, maka seseorang tidak akan berani menyintai sesuatu yang tidak harus baginya.

Cinta sebelum berkahwin mengundang pelbagai kemungkinan. Titik permulaannya ialah dia terpesona dengan wanita. Inilah yang dinamakan fitnah. Apabila penyakit terpesona ini menimpai maka akan melarat kepada pertemuan, perbualan, bersunyian. Dari cara yang sederhana kepada yang lebih mesra. Daripada serius kepada senda gurau. Seterusnya dilitupi awan-awan khayalan. Walaupun pada asalnya dia mempunyai niat yang baik namun, niat yang baik tidak sekali-sekali mengharuskan sesuatu yang tidak harus.

Banyak batas-batas syariat yang dilanggar apabila terjerat dalam perangkap cinta:-

1 - Pandangan mata yang tidak dapat dikawal kerana terfitnah dan terpesona akibat panahan mata kekasih.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah al-Nur: 30)

Pandangan mata wajib dijaga kerana banyak perkara dan juga masalah lain yang mengikutinya.

2 – Terpesona percakapan dan suara yang lunak

Apa yang selalu berlaku di kalangan pasangan bercinta ialah suka berbual sehingga dalam perkara yang tidak mendatang manfaat sama ada secara bersemuka, talian telefon mahupun internet. Perbualan bukan sekejap.

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al-Ahzab: 32)

Walaupun perintah menjaga kata ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. ia juga merangkumi ummatnya kerana mempunyai illah (sebab hukum yang sama, iaitu kata-kata yang manja dan lunak itu ada pada orang perempuan.

3 - Hati yang menyembunyi pelbagai perasaan

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. (Surah Ghafir: 19)

Allah s.w.t. mengetahui persuatan seseorang mencuri pandangan kepada orang yang bukan mahramnya, dan perasaan jahat atau baik yang yang tersembunyi di dalamnya.

3 - Hawa nafsu bergelora dalam diri

وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya; (Surah al-Nur: 33)

Perintah Allah s.w.t. supaya menjaga kesucian diri dan mengawal hawa nafsu dengan cara menjaga pandangan, bersabar dan berpuasa

Cinta sebelum berkahwin bukan satu jaminan kepada kebahagian akan datang. Alam percintaan adalah sesuatu yang tidak realistik, penuh khayalan dan mengelirukan. Sekian ramai pasangan yang dilamun cinta mendirikan rumah tetapi usia perkahwinan mereka lebih singkat daripada tempoh bercinta. Jika sudah terperangkap maka hendaklah menyegerakan perkahwinan kerana ia satu-satunya jalan pengubatannya.

Jika hati sudah terpesona kepada seseorang atau apabila sudah sampai seru untuk berkahwin, mintalah keluarga pergi untuk merisik calon. Ini lebih beradab dan bertanggungjawab daripada mengemukakan sendiri. Oleh kerana perkahwinan melibatkan banyak aspek kepentingan, tanggungjawab, persaudaraan dan kekeluargaan maka sewajibnya ia dimulakan dengan cara yang betul penuh ketaqwaan bukan terikut-ikut dengan budaya asing. Perkahwinan bukan hanya didirikan atas dasar cinta sahaja tetapi tanggungjawab dan juga amanah.


2) Persoalan Aurat Lelaki:

Aurat ditakrifkan sebagai bahagian badan yang wajib ditutup oleh seseorang dan orang lain tidak harus memandangnya. 
Bagi lelaki auratnya antara pusat dan lutut. Bagaimanapun lutut adalah khilaf antara aurat atau tidak. sebaik-baiknya
ditutup. Ulama yang menganggap lutut itu tidak aurat bukan bererti mereka menyuruh mendedahkannya atau tidak
mengapa berseluar pendek yang sudah menjadi budaya orang bukan Islam. Huraian mereka itu atas dasar hukum wajib
atau tidak secara mutlak tetapi apabila berhadapan dengan persoalan budaya, adat, adab dan akhlak ada perkiraan lain
yang perlu diberi perhatian.
Aurat lelaki di hadapan lelaki sama dengan di hadapan perempuan iaitu antara pusat dan lutut, Walaupun begitu makruh
kepada perempuan melihat bahagian yang tidak aurat. Maknanya makruh bagi lelaki menayangkan kepada perempuan
akan bahagian badannya yang tidak aurat. Syarat menutup aurat ialah menutupi tubuh serta bentuknya sekali.
Pakaian yang ketat  tidak memenuhi syarat menutup aurat kerana dikira menampakkan bentuk tubuh.


والله أعلم



Sunday 15 May 2011

Ikhlas,ku Temui Jawapannya

اسلموالكم،
    Di saat ini, aku akui hati  masih tidak mendapat kedamaian.  Sering kali diusik dengan godaan mereka yang bersumpah untuk menyesatkan, sehingga ada kalanya perintah aku abaikan,syaitan dan hawa nafsu aku turutkan.  Seruan-Nya masih aku tunaikan namun ada waktunya aku gelincirkan. Waktu itu,sesungguhnya musuhku telah berjaya menawan. Seketika aku berjaya meloloskan diri dan ada ketika pula aku terkurung oleh nafsu serakah yang ingin bermaharajalela.  Hati takut akan neraka-Nya, namun ia tidak mahu pula berusaha untuk menempah tiket ke syurga-Nya yang kekal abadi.  Mahukan kerahmatan, dambakan keimanan yang memuncak tinggi sehingga kecewanya para pendusta yang mengalir mengikuti aliran darah, dan aku dahagakan kasih sayang-Nya yang agung akan tetapi masih ada yang menghalang.  Apakah itu dugaan? Adakah itu dikatakan ujian?  Setiap manusia pasti akan merasakan sebelum menikmati kemanisannya iman?  Aku langsung tidak mempunyai kekuatan dalam menghadapi musuh yang tidak kelihatan namun bisa menghancurkan.  

   Persoalan yang menimbulkan kekeliruan, apakah taubatku tidak diterima? Apakah masih ada kekurangan di dalam amal ibadahku? Apakah aku akan mengikuti jejak mereka yang kerugian? Tidak!! Aku tidak mahu berada di dalam puak kiri itu. Tidak! Aku tidak mahu dicampakkan ke neraka-Nya, aku tidak rela dihadapkan dalam keadaan hina.  Biarlah aku hina di mata manusia-manusia bukan di mata ALLAH,Tuhanku yang satu. Hati sering sahaja berkata, seandainya tidak menginginkan kehinaan dan kepapaan di negeri akhirat, mengapa tidak melawan musuh itu? Mengapa tidak berusaha mengawal nafsu? Entah dari mana semangat itu,aku melawan musuhku, aku berusaha untuk mengawal nafsu yang selalu memboncah. Awalnya, aku menang dalam pertarungan. Di akhirnya, aku kecundang di tengah jalan.

   Saat hati kecewa, aku amati sejarah wanita-wanita pada zaman Rasulullah.  Bagaimana keimanan yang langsung tidak luntur mahupun pudar dalam menghadapi musuh-musuh Allah pada saat Islam ini masih di peringkat perkembangan. Pada saat kekufuran membanjiri dunia. Dengan keyakinan yang dalam pada ALLAH dan ajaran Rasulullah, mereka tidak gentar akan ugutan kerana mereka mendambakan syurga yang kekal.  Aku mula ingatkan kisah puteri Rasulullah pertama,Zainab.  Seorang puteri yang bersuamikan jahiliah. Di sisi suami, di hatinya seorang ayah. Memelihara iman di tengah kekufuran. Tidak keliru di antara dua persimpangan. Antara dua kasih terhadap suami yang masih jahiliah dan ayah seorang Rasul pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Namun,ketaatan kepada ALLAH masih kukuh di hati.  Aku renungi pula kisah seorang hamba wanita bernama Sumayyah.  Disuruh memilih iman atau kekufuran,zaman jahiliah atau sinaran akidah. Diburu di dunia hanya untuk hidup di syurga selama-lamanya.  Tidak lucut keimanan wanita mulia itu saat suami dan anak diberi menghadap mentari malah dia merelakan diri dibunuh dari mengikuti para pendurhaka.  Lalu tombak menikam di dada. Namun iman didada sedikit tidak berubah.  Aku inginkan kemuliaan itu. 

    Ya ALLAH,hamba-Mu bersujud menyerahkan diri kepada-Mu agar bisa Engkau menerima taubat hamba-Mu, menjadikan aku srikandi-Mu, melimpahkan rahmat-Mu kepada insan yang hina ini, aku pohonkan keimanan yang kuat dan keyakinan yang tidak lagi dipenuhi kekufuran dan aku mohon serikan aku dengan rahmat-Mu dan dengannya aku peroleh kemuliaan daripada-Mu di dunia dan akhirat. Tetapkanlah aku di dalam taufiq hidayah-Mu.  Jangan biarlah aku tersesat setelah Engkau tunjukkan kepadaku jalan lurus-Mu. 

   Setiap persoalan pasti ada jawapan.  Persoalan yang selalu aku jeritkan di dala diri aku temui jawapannya.

    Keikhlasan hati dalam beribadah kepada-Nya.  Ya, aku akui hati ini tidak ikhlas.  Hatiku tidak ikhlas dalam beribadah kepada-Nya. Apa aku lakukan pada mulanya benar kerana-Nya. Keikhlasan itu bertukar kepada keduniaan semata-mata.  Dengan sifat malas, aku turutkan jua perintah-Nya.  Ada kalanya aku merungut sendirian saat dugaan menerjah dalam kehidupan harian.  Aku meraih perhatian mata-mata manusia untuk melihat kebaikan dalam hati bukan kerana Allah. Astaghfirullah hala'zim. Aku ingin penilaian mereka atas ibadahku bukan penilaian Allah. Astaghfirullah hala'zim. Saat diri dipuji, kebanggaan menerjah diri lalu aku pasti Allah memurkai diri ini. Astaghfirullah hala'zim.  Bait-bait ayat berbunga HANYA KERANA ALLAH untuk menjadikan aku seolah-olah telah beriman. Astaghfirullah hal'azim.  Aku dambakan pujian, aku mahukan perhatian dan aku inginkan penilaian manusia bukannya ALLAH. Saat penghijrahan diri, aku sangkakan aku terlepas dari perhatian syaitan dan iblis yang dilaknat dan direjam Allah itu rupanya mereka menunggu saat hati kealpaan. Lalu aku tadahkan kembali tangan kepada mata dunia dan manusia walaupun dengan cara berbeza namun sama pada batinnya.   Baru aku ketahui itulah penyebab aku masih tidak merasai kekhusyukan dalam solatku, kebahagiaan dalam kehidupanku dan ketenangan dalam jiwaku. 

    Barulah aku ketahui,keikhlasan itu penting untuk meraih kerahmatan dan keredhaan Allah Ta'ala.  Seandainya tiada keikhlasan, beribadahlah seberapa lama, beribu-ribu tahun tidak ada apa-apa dihadapan ALLAH s.w.t. Sedangkan sederhana amalan sekiranya amalan itu disertai keikhlasan, menjadi luar biasa di hadapan Allah s.w.t. 

Ciri-ciri Orang yang Ikhlas (oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah)


Syaikh Ahmad Ibnu Athaillah berkata dalam kitab Al Hikam, “Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak, sedang ruh (jiwa) nya adalah tempat terdapatnya rahsia ikhlas (ketulusan) dalam amal perbuatan”
Bab tentang ikhlas adalah bab yang mutlak dan paling penting untuk difahami dan diamalkan, kerana amal yang akan diterima Allah SWT hanyalah amal yang disertai dengan niat ikhlas.

“Tidaklah mereka diperintah kecuali agar berbuat ikhlas kepada Allah dalam menjalankan agama”.
Oleh kerananya, sehebat apapun suatu amal bila tidak ikhlas, tidak ada apa-apanya dihadapan Allah SWT, sedang amal yang sederhana saja akan menjadi luar biasa dihadapan Allah SWT bila disertai dengan ikhlas.
Tidaklah hairan seandainya solat yang kita kerjakan belum terasa khusyu, atau hati selalu resah dan gelisah dan hidup tidak merasa nyaman dan bahagia, kerana kunci dari itu semua belum kita dapatkan, yaitu sebuah keikhlasan.
Ciri-ciri dari orang yang memiliki keikhlasan diantaranya :
1. Hidupnya jarang sekali merasa kecewa,
Orang yang ikhlas dia tidak akan pernah berubah sikapnya seandainya disaat dia berbuat sesuatu kebaikan ada yang memujinya, atau tidak ada yang memuji/menilainya bahkan dicacipun hatinya tetap tenang, kerana dia yakin bahwa amalnya bukanlah untuk mendapatkan penilaian sesama yang selalu berubah tetapi dia bulatkan seutuhnya hanya ingin mendapatkan penilaian yang sempurna daripada Allah SWT.
2.Tidak tergantung / berharap pada makhluk
Sayyidina ’Ali pun pernah berkata, orang yang ikhlas itu jangankan untuk mendapatkan pujian, diberikan ucapan terima kasih pun dia sama sekali tidak akan pernah mengharapkannya, kerana setiap kita beramal hakikatnya kita itu sedang berinteraksi dengan Allah, oleh kerananya harapan yang ada akan senantiasa tertuju kepada keredhaan Allah semata.
3.Tidak pernah membezakan antara amalan besar dan amalan kecil
Diriwayatkan bahwa Imam Ghazali pernah bermimpi, dan dalam mimpinya beliau mendapatkan khabar bahawa amalan yang besar yang pernah beliau lakukan diantaranya adalah di saat beliau melihat ada seekor lalat yang masuk kedalam tempat tintanya, lalu beliau angkat lalat tersebut dengan hati-hati lalu dibersihkannya dan sampai akhirnya lalat itupun boleh kembali terbang dengan sihat. Maka sekecil apapun sebuah amal apabila kita kerjakan dengan sempurna dan benar-benar tiada harapan yang muncul pada selain Allah, maka akan menjadi amal yang sangat besar dihadapan Allah SWT.
4. Banyak Amal Kebaikan Yang Rahsia
Mungkin ketika kita mengaji dilingkungan orang banyak maka kita akan mengaji dengan enaknya, lama dan penuh khidmat, ketika kita solat berjamaah apalagi sebagai imam kita akan berusaha khusyu dan lama, tapi apakah hal tersebut akan kita lakukan dengan kadar yang sama disaat kita beramal sendirian ? apabila amal kita tetap sama bahkan cenderung lebih baik, lebih lama, lebih enak dan lebih khusyuk maka itu bisa diharapkan sebagai amalan yang ikhlas. Namun bila yang terjadi sebaliknya, ada kemungkinan amal kita belumlah ikhlas.
5. Tidak membezakan antara bendera, golongan, ras, atau organisasi
Fitrah manusia adalah ingin mendapatkan pengakuan dan penilaian dari kewujudannya dan segala aktivitinya, namun pengakuan dan penilaian makhluk, baik perseorangan, organisasi atau institusi tempat kerja itu relatif dan akan sentiasa berubah, banyak orang yang pernah dianggap sebagai pahlawan namun seiring waktu berjalan adakalanya berubah menjadi susuk penjahat yang patut diwaspadai. Maka tiada penilaian dan pengakuan yang paling baik dan yang harus senantiasa kita usahakan adalah penilaian dan pengakuan dari Allah SWT.
Begitu besar pengaruh orang yang ikhlas itu, sehingga dengan kekuatan niat ikhlasnya mampu menembusi ruang dan waktu. Seperti halnya apapun yang dilakukan, diucapkan, dan diisyaratkan Rasulullah, mampu mempengaruhi kita semua walau beliau telah wafat ribuan tahun yang lalu namun kita senantiasa patuh dan taat terhadap apa yang beliau sampaikan.
Bahkan orang yang ikhlas boleh membuat iblis (syaitan) tidak boleh banyak berbuat dalam usahanya untuk menggoda orang ikhlas tersebut. Ingatlah, apapun masalah kita kita janganlah hati kita sampai pada masalah itu, cukuplah hanya ikhtiar dan fikiran saja yang sampai pada masalah tersebut, tapi hati hanya tertambat pada Allah SWt yang Maha Mengetahui akan masalah yang kita hadapi tersebut.
Semoga Allah SWT membimbing kita pada jalan-Nya sehingga kita bisa menjadi hamba-Nya yang