Saturday, 23 April 2011

Suami..Cubalah Bersabar Dengan Isterimu

  Diceritakan bahawa ada seorang datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila orang itu tiba di pintu Khalifah, tiba-tiba dia terdengar isteri Khalifah sedang mengangkat suara mengatakan nista Khalifah sedangkan Khalifah hanya berdiam diri saja, tidak menjawab sepatah apa pun.
  Maka orang itu tidak menjadi untuk mengadu, malah tergesa-gesa hendak kembali meninggalkan rumah Khalifah, maka dengan tidak semena-mena dia dipanggil oleh Khalifah seraya bertanya kepadanya: "Apa hajatmu datang ke mari?"
Jawabnya: "Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!"
Tanya Khalifah: "Mengapa datang, kalau tidak ada apa-apa?"
Kata orang itu lagi: "Sebenarnya saya datang ini untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya, wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya."

Berkata Khalifah Umar:

"Wahai saudaraku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya. Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anakku, padahal semua itu tidak wajib atasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung melakukan yang haram. Bagaimana dapat aku menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja."
Kata orang itu pula: "Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba juga, wahai Amirul Mukminin!"

  Maka berkata Amirul Mukminin lagi:
"Wahai saudaraku! Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu.

Sunday, 17 April 2011

Senandung Ummul Mukminin ( sedih+meruntun hati)

   Apa cela Ummul Mukminin dan celaku,
jika setiap yang mencintaiku akan diberi petunjuk syurga,
dan setiap yang mencelaku akan mendapat kesesatan yang nyata.
Aku ingin menjelaskan keutamaannya,
dengan menterjemahkan semua kata-katanya.

 Wahai orang yang membenciku,
Tidak usah kamu kunjungi kubur Muhammad,
kerana rumah itu adalah rumahku dan tempat itu adalah tempatku.
Aku punya keistimewaan di antara isteri-isteri lainnya,kerana
berbagai kebaikanku yang penuh makna.
Aku mengungguli segala kemuliaan mereka,
Maka kemenangan adalah milikku,
Tali kekang adalah kepunyaanku,
Nabi sakit dan meninggal dalam pelukanku.Hari itu adalah hariku
dan waktu itu adalah milikku.
Suamiku hanyalah Rasulullah dan aku tidak pernah bernikah dengan yang lainnya.
Allah menikahkanku dengan utusan-Nya dan mencintaiku sepenuh hati.

  Jibril datang kepadanya dalam rupaku,
 Lalu dia jatuh cinta ketika melihatku,
Akulah perawan sucinya.
Di tangankulah rahsia-rahsianya.Akulah teman tidurnya.
   Dan di rumahku ada dua cahaya,
Allah berbicara membelaku,menjelaskan aku tidak bersalah
 Di dalam Al-Quran yang sudah baku.
Allah melindungiku dan mengagungkan kehormatanku,
Melalui lisan Nabi-Nya membebaskanku.

 Di dalam Al-Quran Allah melaknatkan siapa sahaja yang mencelaku,
Setelah turun ayat yang menyatakan aku tidak bersalah,
 Allah mencela siapa sahaja yang menfitnahku dengan tuduhan yang palsu,
sambil menyucikan Zat-Nya Yang Esa,
Aku terjaga dan tidak berdosa dengan bukti kesucianku,
Allah menjagaku dengan Rasul terakhirnya lalu menghina para penyebar dusta,
Aku mendengar turunnya wahyu melalui Jibril kepada Muhammad-ku,
dengan cahayanya yang memenuhiku.
Jibril mewahyukan kepadanya pada ketika aku berada di selimutnya,
Lalu dia berbalik dan melindungiku.

    Siapakah yang menyombongkan kepadaku,
atau mengingkari kesetiaanku,
sedang di rumahnya Muhammad mendidikku,
Aku menganut agama Muhammad dari ayah yang tercinta di mana
 keduanya selalu bersama.
Ayahku menegakkan agama setelah Muhammad,maka
pedangnya adalah pedangku.
 Dan pengasahnya adalah milikku.Kebanggaannya adalah kebanggaanku.
Dan tampuk khalifah ada pada ayahku. Cukuplah semua ini sebagai kebanggaanku.

    Aku adalah anak perempuan Abu Bakar As-Siddiq,
yang selalu dia cinta sepenuh khidmat,
     Ayahku menolong Nabi dengan segenap jiwa raga lalu berhijrah 
bersamanya ke mana sahaja.

   Dialah yang menemani ketika berada di dalam gua yang menutup
celah dengan serbannya,
  sehingga kekayaan lenyap tanpa sisa,
sebagai bentuk zuhud dan sikap papa,
  Bersamanya ada malaikat dari angkasa yang memberi khabar gembira akan syurga,
Ayahku tidak takut kritik dan cela,
untuk menumpas pembangkang yang derhaka.
 Dia memerangi penentang zakat dengan perkasa lalu menghina kaum kafir pembuat dosa,
 Dia mendahului para sahabat dalam memeluk Islam
Dia pemimpin dalam kemuliaan dan kebaikan.
    Setiap kali mereka merebut mendapat kemuliaan seperti kuda yang pasti ayahku 
yang paling hadapan.

   Celakalah orang yang mengkhianati keluarga Muhammad,
 dengan memusuhi isteri dan saudara-saudara mereka,
Dan beruntunglah orang yang menyokong sahabat Muhammad 
  sehingga menjadi orang yang disukai.
Antara sahabat dan kerabat Nabi ada hubungan erat sekali
tidak mungkin retak oleh godaan syaitan yang terlaknat,
  Mereka laksana jemari dan tangan yang selalu menyatu dalam kesatuan.
    Dada orang kafir sesak kerana ayahku,
dan hati mereka dipenuhi dendam yang membatu,
   Cinta perawan dan jandanya tidak berbeza terhadap Islam 
 selalu dibela.

    Mulialah emapt Imam utama
yang laksana empat tiang penyangga. Cinta mereka
sudah terpahat sehingga bangunannya kukuh tidak tertandingi.
 Allah menumbuhkan sikap sayang di hati mereka yang membuatkan setiap munafik
membenci tidak terkira,
Saling meyayangi dan berakhlak suci hati bersih tanpa iri dengki.
   Allah menyatukan umat Islam melalui ayahku tercinta sehingga takut 
berganti aman sentosa,
Jika Allah sudah berkehendak menolong hamba-Nya
 Siapakah yang mampu melarang.
    Siapa yang mencintaiku Maka jauhilah orang yang mencelaku
   sebab jika orang yang mencintaiku tetap akrab dengan mereka yang mencelaku

  Bererti mereka sama-sama membenciku,
   Aku orang baik yang diciptakan untuk orang yang baik,
Sebab isteri-isteri Muhammad adalah wanita paling baik.

Aku adalah bonda orang yang beriman.Maka siapa
yang tidak mencintaku hanya akan mendapat kerugian
Allah membuat Nabi-Nya mencintaiku
dan pada jalan yang lurus Dia menunjukkanku.Allah 
memuliakan orang yang memuliakanku dan menghina orang yang menghinaku.
Kepada Allah aku memohon tambahan anugerah-Nya Dan aku memuji
sambil bersyukur atas nikmat-Nya.

 Wahai orang yang berlindung kepada Allah Bait Nabi,
 Demi mengharap rahmat dari Sang Pemberi,
 Jalinlah tali silaturahmi,
 dengan Bonda orang-orang beriman,
 dan jangan kamu tentang,
 agar kalung iman tidak pudar. 
 Aku berkata jujur lagi mulia hai yang atasnya jin dan 
 Manusia menjadi tunduk hina,
 bawalah ia bersamamu,
 sebab ia adalah taman nan ayu,
 penuh aroma wewangian menyedapkan kalbu.
Allah melimpahkan anugerah-Nya,
Untuk Nabi dan keluarga,
yang pada mereka tercium harumnya kebun penuh bunga.