Wednesday, 11 May 2011

 Berlainan rupa,sama imannya. Berlainan zaman,tetap pegangannya. Srikandi agama menjadi sebutan. 3 insan yang mulia.


AISYAH HUMAIRAH (ISTERI RASULULLAH)

Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya dalam perjuangan
Peniup semangat suami

Khabar al kisah ku titik bermula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu mahar melebih
Yang setanding embun kasirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turunnya nur itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

Pilihlah hikmatnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan soerang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh lena ujian

Takkan terhidu harum mewanggi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Kau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu



AINUL MARDHIAH (BIDADARI SYURGA)

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

Di hati lelaki bernama kekasih 


DEMI  CINTA ZAINAB (PUTERI SULUNG RASULULLAH S.A.W)

Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliyah

Hijrah mu tertahan engkau keseorangan
Memelihara iman ditengah kekufuran
Takdir menentukannya suami mu tertawan
Di medan Badar yang sangat menggetirkan
Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang
Menitis airmata Rasul melihatnya
Melihat si Khadijah seolah berbicara
Ya....Binta Rasulallah

Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah Allah memisahkan keduanya
Bahang panasnya gurun
menusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah
yang ditangguh demi cinta
Tika perjalanannya unta dibunuh
Kau keguguran kandungan

Zainab kau sungguh tabah
dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat kepada Tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta

Wanita dan Isteri

Bismillahhirrohmanirrohim...
      Sudah lama hati ingin berkongsi sesuatu berkaitan WANITA. Namun,hajatnya tidak kesampaian sehinggalah aku menemui kembali keratannya. Mudah-mudahan para WANITA mampu menjadi seperti WANITA-WANITA yang mulia pada zaman Rasulullah s.a.w. Peringatan kepada diri sendiri jua yang kadang kala sepi di bawa nafsu yang memboncah.
      Kadang kala pasti nafsu mengawal diri lalu akal tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Sesungguhnya manusia itu keadaannya tidak sempurna dan pasti selalu membuat dosa kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Janganlah biarkan syaitan membuatkan kamu patah dalam menjadi seperti mereka tatkala mata leka membaca dan akal pula sedang menerima. Jadikanlah ia penyuntik semangat agar diri ingin menjadi seperti mereka. Pastinya ALLAH mengubah seseorang yang ingin berubah. INSYAALLAH....

 CIRI-CIRI WANITA MUSLIMAH
1. Wanita yang beriman denga Allah dan Nabi Muhammad s.a.w serta jadi Islam sebagai pedoman hidupnya.
2. Wanita muslimah selalu menjaga solat lima waktu dengan wuduknya,khusyuknya dalam menunaikan dan mendirikan solat sehingga tidak ada sesuatu pun yang menganggu solatnya.
3. Wanita muslimah adalah yang menjaga hijabnya dengan senang hati.
4. Wanita muslimah selalu menjaga ketaatan kepada suaminya, seiya sekata, sayang kepadanya, mengajaknya kepada kebaikan, menasihatinya, memelihara kesejahteraannya, tidak mengeraskan suara dan perkataan kepadanya, serta tidak menyakiti hatinya.
5. Wanita muslimah adalah wanita yang mendidik anak-anaknya untuk taat kepada ALLAH SWT, mengajarkan kepada mereka aqidah yang benar, menanamkan ke dalam hati mererka perasaan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya menjauhkan mereka dari segala jenis kemaksiatan dan perilaku cela.
6. Wanita muslimah tidak berkhalwat (berdua-duaan) dengan laki-laki bukam mahramnya.

ENAM CIRI-CIRI UTAMA ISTERI SOLEHAH


1. Ada ciri-ciri keselarian dengan suami.
  Sebagai isteri hendaklah dia melahirkan ciri-ciri keselarian dengan suami. Isteri hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa dan menjadi pendorong serta pembantu perjuangan suami, bukan penghalang.

2. Menjadi teman atau penghibur suami.
  Isteri hendaklha menjadi teman bercakap atau melayan fikiran suami. Iaitu sengna menumpukan sepenuh perhatian apabila suami bercerita. Sikap acuh tak acuh akan mengakibatkan perasaan suami tersinggung dan hilang minat untuk bercakap-cakap lagi. Sekiranya berterusan si suami akan dihinggapi penyakit suka mengelamun sendirian di rumah. Akibatnya bukan suami saja yang menderita malahan isteri juga akan menanggung seksa batin.

3. Pandai Mengambil Hati Suami.
  Isteri hendaklah mengucapkan perkataan-perkataan yang menyenangkan suami. Elakkan dari merungut-rungut tentang kesusahan dan keperluan hidup. Lelaki akan menderia sekali kalau orang di bawah tanggungjawabnya menderita. Jangan api-apikan apabila suami dalam keadaan marah. Banyakkan sebut kalimah ALLAH kerana kata-kata itu akan melunakkan hati suami.

4. Menjadi Pelayan Kepada Suami.
  Kalau suami dilayan dengan baik,jiwanya akan hidup dan akan menjadi pejuang yang hebat. Kalau tidak dilayan suami akan merasa hampa dan mati jiwanya. Isteri-isteri yang cerdik akan memahami seni melayan suami.

5. Memahami Selera Suami.
   Pelajarilah dan fahamilah selera suami. Walaupun bukan hukum fardhu ke atas isteri, tetapi kerelaannya menjalankan tugas itu menjadi lambang keluhuran jiwa. Suami akan merasa senang dan gembira sekiranya makan minum mengikut selera yagn digemarinya.

6. Sedia Berkhidmat Untuk Suami.
  Isteri yang solehah sedia berbuat apa sahaja untuk suami. Iatu melayan tabi'i dan tuntutan semulajadi suami. Jimak hanya sebahagian dari sudut tuntutan tabi'i. Isteri hendaklah sentiasa berhias diri, sesuai cara bersolek dan pakaiannya dan berwangi-wangian di samping suami.

Hanya inilah ilmu yang aku kongsikan buat semua. INSYAALLAH,mudahan-mudahan ini mampu menaikkan semangat para Wanita Islam dalam menghadapi liku-liku kehidupan di dunia dan mendapat keredhaan Allah Ta'ala. :-)