Wednesday, 27 April 2011

Terima Kasih Ya Allah!!

 Bismillahhirrohmanirrohim...
Alhamdulillah segala puji-pujian kepada ALLAH s..w.t yang mencipta langit dan bumi. Yang memerintah dan menguasai seluruh alam dan makhluk-makhluk yang diciptakan.

   Syukur ke hadrat Ilahi yang menunjukkan jalan-Nya yang agung kepada hamba-Nya yang hina lagi kotor ini. Yang telah membuka pintu hatiku,yang memberikan peluang kepadaku untuk bertaubat kepada-Nya sebelum nafas ini terhenti dan hilang segala peluang yang diberikan semasa badan ini masih lagi diberikan rohnya.Alhamdulillah. Apa lagi perlu aku katakan selain memuji kepada-Nya yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui. Ya,Dia yang Maha Mengetahui. Saat aku tiada siapa,dalam kedukaan yang jauh ke dalam jiwa sehingga akal tidak dapat berfungsi dengan sempurna untuk memikir,Dia menyuluh memberikan cahaya kepadaku bahawa aku masih ada Dia,Rabb yang sempurna. Dia menaikkan darjatku dari tiada kepada ada,  dari sehina-hina insan yang sentiasa mengikut jeritan nafsu dan bisikan syaitan kepada insan yang sentiasa mengingati-Nya dan sentiasa mengingatkan diri bahawa aku akan dikembalikan kepada-Nya. I-Allah.. Hartaku, kecantikkanku, kekuatanku, tubuh badanku, akalku dan segala yang ada padaku adalah milikNya. Suatu hari,akan dikembalikan kepadaNya. Siapa sangka,hamba yang penuh dengan lumpur kemaksiatan ini sentiasa dimakbulkan doanya. Dia memberi kekuatan kepadaku saat diri ini lemah tidak mampu berjalan menghadapi tentangan nafsu dan jiwa yang rapuh.

Ya Allah,aku berdosa kepadaMu,
Aku mengingkari perintahMu,aku mengabaikan laranganMu
Aku menjadikan nafsuku sebagai tuhan,
Aku jadikan syaitan itu teman,
namun Engkau masih berikan kesempatan untuk pulang,
Pulang ke jalan-Mu yang lurus dan bahagia.

Ya Allah,seandainya aku tahu inilah nikmatMu,
pasti aku menjaga perintah-perintahMu,
pasti aku tidak mengabaikan laranganMu,
pasti aku akan menjihadkan diriku ke jalanMu ya Allah.
Telah hambaMu ini merendahkan martabatnya sebagai wanita,
sedangkan Engkau pula menaikkannya.
Engkau begitu memuliakan para wanita,
Engkau muliakan kedudukan seorang ibu,
Engkau menghina dan melaknat anak-anak yang derhaka pada ibu,
Ibu itu adalah wanita dan aku adalah wanita!
Bangganya aku!!!

Ya ALLAH,sinar yang telah Engkau berikan,
adalah sinar yang tidak pernah aku kecapi selama kehidupanku,
Tidak pernah aku merasakan kebahagiaan,semangat dan kesyahduhan
apabila bibir ini melaungkan kalimah-kalimahMu yang sempurna.
Seandainya mereka merasai apa yang Engkau berikan kepadaku.

Terima kasih Ya ALLAH di atas kurniaanMu terhadapku,
Terima kasih Ya ALLAH di atas segala pemberianMu kepadaku,
Terima kasih Ya ALLAH di atas belas kasihMu yang agung padaku,
Terima kasih Ya ALLAH di atas kasih sayang yang Engkau curahkan padaku.

Cerita Pengemis dan Isteri Cantik (5star for this story)

Bismillahhirrohmanirrohim..

Alhamdulillah,dengan izin Allah s.w.t yang memanjangkan umurku,yang memberikan kekuatan kepadaku dan membenarkan aku bertaubat sebelum ajalku tiba,I-Allah dapat aku kongsikan ilmu dan cerita-cerita yang menarik untuk kita renungi kebaikannya. Pada masa yang sama,kita juga boleh menambahkan ilmu dalam diri kerana ilmu itu penting bagi umat Islam. Bagi aku,cerita yang ingin aku kongsi ini,memang best. Nak tahu kenapa? Meh le kite bace ye?

   Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

  "Tolonglah Encik,saya lapas,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka yang bengis,si suami sambil menjeling isterinya yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata, "aku membina perniagaan sehingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untk diri dan keluargaku."
Si isteri tidak dapat membuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

  Beberapa tahun kemudian,perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus emnceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian,isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

  Pada suatu hari,sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan itu,si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

  Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menegking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang, "Demi ALLAH,sebenarnya akulah perngemis yang dihalau dan ditengking dulu."

   Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan."
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda yang bermaksud:

       "Barang siapa yang mempunyai harta,maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang siapa yang mempunyai ilmu,maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga,maka bersedekahlah dengan tenagamu."

Salah Kiblat

  Bismillahhirrahmanirrohim..

Korang pergi bermusafir. Korang berhenti kat sesuatu tempat dengan niat untuk solat. Alamak!! Takda arah kiblat yang betul kat tempat yang korang singgah. Masa tu juga kompas kiblat korang tertinggal kat rumah mak abah. Aduh!! Macam mana nak buat ni??? Haa...pasti ada di antara hamba-hamba Allah yang dirahmati mengalami hal tersebut dan bagi yang tak pernah terjadi,jangan buat tak peduli. Seandainya satu hari terjadi pada korang? Apo nak dikato? Jadi,jom kita ambil ilmu tentang kiblat ni.
   Kerana takda arah kiblat yang betul dan korang tertinggal kompas kat rumah mak abah,jadi dengan penuh yakin korang solat. Sesudah solat,perbuatan itu ditegur oleh seseorang yang menunjukkan arah kiblat yang betul. Meyakininya,wajib bagi korang mengulangi solat tersebut. Jika tiada seorang pun yang tegur dan menyakini ijtihad yang dilakukan,maka solatnya sah. Namun,jika berlaku keraguan ke atas orang yang menegurnya dari hal keislaman dan kekufurannya,maka tidak wajib untuk mengikut teguran itu.

Keliru Mandi Hadas??

   Bismillahhirrahmanirrohim...

Betulkah cara anda mandi hadas? Ada setengah orang( termasuk la tuan empunya blog ni :-p ) fikir "ala,setakat mandi hadas,bukannya Allah nak tanya pasal mandi hadas ni betul or tak kat dalam kubur nanti,asalkan solat cukup 5 waktu sudah." Salah anggapan tu ye sayang-sayangku. Seandainya kita buang air kecil,cuci tak betul pun ALLAH pasti hukum,inikan pula mandi hadas. Solat,zakat,gi haji dan berpuasa da complete,tup-tup kena jugak pukul dalam tu sebab mandi hadas tak betul.. p,mampuih hang! Ingat terlepas seksaan tapi kena jugak bedai. Kadang kala aku sendiri keliru macam mana nak mandi hadas dengan betul. Kalau mandi hadas ikut cara sendiri atau cara yang orang ajarkan dan kita pula tak yakin dengan cara tu,sudah semestinya menjadi was-was dalam diri kn? Nak bertanya malu,jadi hentam la buat asalkan mandi dari tak mandi.. Jenuh lagu tu..Dalam kekeliruan aku ni,aku mendapat ilmu dari satu majalah Islam tentang cara-cara mandi hadas yang betul. Jadi,jom kita check betul or tak mandi hadas kita selama ni dan bagi yang tak tahu,leh la belajar :) Mudah-mudahan Allah merahmati dan menerima amal-amal kita..Amin..

Aisyah r.a berkata, "Dahulu,jika Rasulullah s.a.w hendak mandi janabah (junub), baginda membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga menganggap telah cukup, tuangkan air ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu disiram seluruh badannya dan kemudiannya dibasuh kedua-dua kakinya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


  Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi iaitu:

1. Membaca Bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar. (Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar kerana Allah Ta'ala)
2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
3.Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai kebawah.
9. Menggosok bahgaian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketaiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
10. Membasuh kaki.

Jika mandi menggunakan 'shower',tidak perlu tiga kali, memadai yakin air meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.

Tuesday, 26 April 2011

Dialog Antara Syaitan Dengan Nabi Musa a.s

   Di bawah ini diturunkan dua petikan dialog menarik antara Nabi Musa a.s dengan syaitan yang menunjukkan bagaimana syaitan dedahkan caranya memerangkap dan memperdayakan manusia.

    Menurut riwayat Abdul Rahman Ziyad,sewaktu Nabi Musa a.s sedang duduk,tiba-tiba syaitan datang dengan memakai tutup kepala berwarna-warni. Setelah menghampiri Nabi Musa a.s,syaitan membuka tutup kepala itu.

Syaitan: "Assalammualaikum wahai Musa."
Nabi Musa: "Waalaikummussalam,siapa engkau?"
Syaitan: "Aku ini syaitan."
Nabi Musa: "Jika begitu semoga Allah tidak menghidupkan engkau. Apakah tujuan engkau datang menemuiku?"
Syaitan: "Kedatanganku adalah untuk memberi salam kepadamu. Melihat kedudukanmu dan darjatmu yang tinggi di sisi Allah."
Nabi Musa: "Apakah yang engkau pakai untuk menutup kepala?"
Syaitan: "Dengan ini aku akan menangkap dan menawan segala hati manusia."
Nabi Musa: "Kalau begitu paa yang engkau lakukan kepada manusia hingga engkau dapat memperdayakan mereka?"
Syaitan: "Apabila manusia merasai terpesona terhadap dirinya, manusia berasa banyak amal baiknya hingga lupakan dosanya. Aku ingin memperingatkan engkau tiga perkara":

Pertama: Jangan sesekali engkau bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal bagimu. Di kala itu aku akan menjadi sahabatnya sehingga aku akan memfitnah dia dengan perempuan itu.

Kedua: Janganlah sekali-kali engkau berjanji kepada Allah untuk melakukan kebaikan atau meninggalkan kejahatan yang hendak dilakukan kerana sesungguhnya tidaklah seseorang itu berjanji kepada Allah melainkan aku menjadi sahabatnya sehingga aku menghalanginya.

Ketiga: Janganlah sekali-kali engakau berjanji mengeluarkan sedekah kerana sesungguhnya tidaklah seseorang lelaki yang hendak mengeluarkan sedekah dan hendak melaksanakannya melainkan aku menjadi sahabatnya sehingga aku menghalangi antaranya dan antara mengeluarkannya.

Dengan itu,ketahuilah Nabi Musa a.s apa yang harus manusia berhati-hati.

Pertama: Jika seseorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan yang bukan muhrimnya, maka syaitan akan menjadi orang yang ketiga untuk memfitnhanya agar melakukan perbuatan hina dan curang.

Kedua: Jika seorang itu berjanji kepada ALLAH s.w.t akan melakukan kebaikan maka syaitan akan menghalanginya agar janjinya tidak ditepati.

Ketiga: Jika seorang itu berjanji hendak mengeluarkan sedekah maka syaitan akan menghalanginya berbuat demikian.

      Dalam satu peristiwa yang lain,syaitan bertemu lagi dengan Nabi Musa a.s. Inilah antara maksud dialognya:
Syaitan: "Wahai Musa, engkaulah yng dipilih ALLAH untuk membawa risalahNya dan engkaulah yang diajakNya berkata benar. Dan aku salah satu makhluk ALLAH yang telah berdosa dan aku ingin bertaubat. Maka mohonkanlah kepada Tuhanmu supaya diberikan taubat kepadaku.

       Maka Nabi Musa a.s segera memohon kepada ALLAH dan permohonan itu diperkenankan. Nabi Musa a.s menemui syaitan sambil berkata:
Nabi Musa: "Hai syaitan, engkau telah diperintahkan sujud hormat kepada kubur Nabi Adam a.s dan selepas itu barulah taubat akan diberikan ke atasmu.

      Sebaik sahaja mendengar nama Adam a.s, syaitan tiba-tiba bersikap takbur dan marah.
Syaitan: Aku tidak sujud kepada Adam pada waktu hidupnya,apakah aku patut sujud sesudah dia mati?"
      Kesombongan syaitan kian ketara. Dia mula menunjukkan keangkuhannya.
Syaitan: "Hai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripada aku kerana engkau telah memohon syafaat kepada Allah buat pengampunanku. Maka ingatlah kepadaku tiga perkara enscaya aku tidak membuat kebinasaan kepadamu.

Pertama: Ingatlah kepadaku di waktu engkau marah keraan aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu dan mataku berada di dalam matamu dan aku berjalan dalam tubuhmu mengikut perjalanan darah.

Kedua: Ingatlah kepadaku di waktu engkau bertempur di medan perang menghadapi musuh kerana aku akan datang kepada manusia diwaktu bertempur dengan musuh itu dan peringatkan kepadanya akan anaknya,isterinya dan keluarganya supaya mereka berundur secara teratur.

Ketiga: Berhati-hatilah duduk dengan perempuan yang bukan muhrimmu kerana aku akan menjadi penghubung antara kau dengan perempuan itu dan anatara permpuan itu dengan engkau.

Kenapa Anda Tidak Menangis?

    Menurut satu cerita:
Bila tiba hari Kiamat, ada seorang hamba berdiri di hadapan Allah Ta'ala lalu kitab catatannya diberikan kepadanya, akan ternyata di dalamnya dia temui keburukan-keburukan yang banyak. Maka katanya: "Tuhanku, keburukan-keburukan ini tidak pernah aku lakukan."
Allah Ta'ala berfriman:

"Sesungguhnya Aku punyai ssaksi-saksi yang terpercaya."
  Hamba itu lalu menengok ke kanan dan ke kiri tapi tiada seorang saksi pun tidak nampak olehnya.
"Mana saksinya?" tanya hamba itu.
    Maka Allah s..w.t menyuruh seluruh anggota tubuhnya memberikan kesaksianya, berkatalah dua telinga: "Sesungguhnya kami mendengar dan mengetahui dia benar-benar melakukannya."
Dan kata-kata mata pula: "Sunnguh kami melihatnya."
Lalu kata lidah: "Saya benar-benar mengucapkan itu."
Dan begitulah kedua tangan dan dia kaki berkata: "Sesungguhnya kami melakukannya."
Ada pun kemaluan hamba itu kemudian berkata: "Sesungguhnya aku membuat zina."
     Sehingga hamba itu bingung. MAka Allah s.w.t memerintahkan dia dibawa ke neraka. KEmudian muncullah dari mata hamba itu yang sebelah kanan rambut yang amat kecil meminta izin berbicara kepada Allah s.w.t.
 Maka Allah Ta'ala pun mengizinkannya.
   Maka rambut itu berkata, "Hai Tuhan, bukankah telah Engkau katakan, "Seorang hamba manapun yang menenggelamkan sehelai rambut yang amat kecil dari rambnut-rambut matanya kerana takut kepadaKu, maka tiada lain akan Kami selamatkan dia dari api neraka?

Sunday, 24 April 2011

Antara Akal Dan Syahwat

  Kisah ini lebih kepada pengajaran buat lelaki. Sesudah membaca kisah ini,aku terus berkata "wah! inilah perempuan yang sebenar-benarnya berilmu dan berakal."

Setelah suami Rabi'ah al-Dawiyah meninggal, maka Hasan Bisri dan teman-temannya datang ke rumah dan mereka dipersilakan masuk. Kemudian Rabi'ah menutup tabir dan duduk di sebalik tabir.
   Rabi'ah berkata: "Siapakah di antara kalian yang pintar maka dia adalah suamiku"
   Mereka menjawab: "Hasan al-Bisri"
   Rabi'ah berkata: "Bila dapat menjawab soalanku maka aku adalah milikmu." Hasan segera berkata, "tanyalah semoga aku dapat menjawab." Rabi'ah mula bertanya, "apabila aku  mati dan keluar dari dunia ini,apakah aku nanti dapat keluar dengan beriman atau tidak?"
   Hasan: "Itu adalah masalah ghaib dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui kecuali Allah."
   Rabi'ah: "Bila aku diletakkan di dalam liang kubur dan ditanya malaikat Mungkar dan Nangkir apakah aku dapat menjawabnya?"
   Hasan: "Itu juga adalah masalah ghaib dan tidak ada seorang pun yang tahu kecuali Allah."
   Rabi'ah: "Apabila orang yang telah dikumpulkan di hari Kiamat diberikan kepada mereka catatan amalan masing-masing,dengan tangan kanankah atau tangan kirikah aku akan menerima catatan amalanku?"
   Hasan: "Itu pun barang ghaib juga." Lalu Rabi'ah berkata, "hai Hasan,barang siapa yang tidak dapat menjawab empat pertanyaan yang aku ajukan jangan berfikir untuk dapat mengahwiniku." Kemudian Rabi'ah mula berkata buat kali terakhirnya, "Hai Hasan, dalam berapa bahagiankah Allah mencipta akal?"
   "Sepuluh bahagian, sembilan untuk lelaki dan satu untuk perempuan," jawab Hasan.
   Rabi'ah bertanya lagi, "dalam berapa bahagiankah Allah mencipta syahwat?"
   Hasan: "Sepuluh, sembilan untuk perempuan dan satu untuk laki-laki."
Rabiah berkata, "Hai Hasan, aku dapat menguasai sembilan syahwat dengan satu bahagian akal, sedang kamu pihak lelaki tidak dapat menguasai satu bahagian syahwat dengan sembilan akal yang kamu dapat."
 Dan keluarlah Hasan dari rumah Rabi'ah dengan tangis dan air mata yang bercucuran.

Wahai wanita yang dirahmati ALLAH,alangkah mulianya kamu seandainya dapat menguasai sembilan nafsu syahwat dengan satu akal sahaja.