Kisah ini lebih kepada pengajaran buat lelaki. Sesudah membaca kisah ini,aku terus berkata "wah! inilah perempuan yang sebenar-benarnya berilmu dan berakal."
Setelah suami Rabi'ah al-Dawiyah meninggal, maka Hasan Bisri dan teman-temannya datang ke rumah dan mereka dipersilakan masuk. Kemudian Rabi'ah menutup tabir dan duduk di sebalik tabir.
Rabi'ah berkata: "Siapakah di antara kalian yang pintar maka dia adalah suamiku"
Mereka menjawab: "Hasan al-Bisri"
Rabi'ah berkata: "Bila dapat menjawab soalanku maka aku adalah milikmu." Hasan segera berkata, "tanyalah semoga aku dapat menjawab." Rabi'ah mula bertanya, "apabila aku mati dan keluar dari dunia ini,apakah aku nanti dapat keluar dengan beriman atau tidak?"
Hasan: "Itu adalah masalah ghaib dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui kecuali Allah."
Rabi'ah: "Bila aku diletakkan di dalam liang kubur dan ditanya malaikat Mungkar dan Nangkir apakah aku dapat menjawabnya?"
Hasan: "Itu juga adalah masalah ghaib dan tidak ada seorang pun yang tahu kecuali Allah."
Rabi'ah: "Apabila orang yang telah dikumpulkan di hari Kiamat diberikan kepada mereka catatan amalan masing-masing,dengan tangan kanankah atau tangan kirikah aku akan menerima catatan amalanku?"
Hasan: "Itu pun barang ghaib juga." Lalu Rabi'ah berkata, "hai Hasan,barang siapa yang tidak dapat menjawab empat pertanyaan yang aku ajukan jangan berfikir untuk dapat mengahwiniku." Kemudian Rabi'ah mula berkata buat kali terakhirnya, "Hai Hasan, dalam berapa bahagiankah Allah mencipta akal?"
"Sepuluh bahagian, sembilan untuk lelaki dan satu untuk perempuan," jawab Hasan.
Rabi'ah bertanya lagi, "dalam berapa bahagiankah Allah mencipta syahwat?"
Hasan: "Sepuluh, sembilan untuk perempuan dan satu untuk laki-laki."
Rabiah berkata, "Hai Hasan, aku dapat menguasai sembilan syahwat dengan satu bahagian akal, sedang kamu pihak lelaki tidak dapat menguasai satu bahagian syahwat dengan sembilan akal yang kamu dapat."
Dan keluarlah Hasan dari rumah Rabi'ah dengan tangis dan air mata yang bercucuran.
Wahai wanita yang dirahmati ALLAH,alangkah mulianya kamu seandainya dapat menguasai sembilan nafsu syahwat dengan satu akal sahaja.
No comments:
Post a Comment