Wednesday, 27 April 2011

Cerita Pengemis dan Isteri Cantik (5star for this story)

Bismillahhirrohmanirrohim..

Alhamdulillah,dengan izin Allah s.w.t yang memanjangkan umurku,yang memberikan kekuatan kepadaku dan membenarkan aku bertaubat sebelum ajalku tiba,I-Allah dapat aku kongsikan ilmu dan cerita-cerita yang menarik untuk kita renungi kebaikannya. Pada masa yang sama,kita juga boleh menambahkan ilmu dalam diri kerana ilmu itu penting bagi umat Islam. Bagi aku,cerita yang ingin aku kongsi ini,memang best. Nak tahu kenapa? Meh le kite bace ye?

   Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

  "Tolonglah Encik,saya lapas,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka yang bengis,si suami sambil menjeling isterinya yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata, "aku membina perniagaan sehingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untk diri dan keluargaku."
Si isteri tidak dapat membuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

  Beberapa tahun kemudian,perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus emnceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian,isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

  Pada suatu hari,sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan itu,si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

  Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menegking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang, "Demi ALLAH,sebenarnya akulah perngemis yang dihalau dan ditengking dulu."

   Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masa dan ketikanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan."
Anas Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda yang bermaksud:

       "Barang siapa yang mempunyai harta,maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barang siapa yang mempunyai ilmu,maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga,maka bersedekahlah dengan tenagamu."