Bismillahhirrahmanirrohim...
Betulkah cara anda mandi hadas? Ada setengah orang( termasuk la tuan empunya blog ni :-p ) fikir "ala,setakat mandi hadas,bukannya Allah nak tanya pasal mandi hadas ni betul or tak kat dalam kubur nanti,asalkan solat cukup 5 waktu sudah." Salah anggapan tu ye sayang-sayangku. Seandainya kita buang air kecil,cuci tak betul pun ALLAH pasti hukum,inikan pula mandi hadas. Solat,zakat,gi haji dan berpuasa da complete,tup-tup kena jugak pukul dalam tu sebab mandi hadas tak betul.. p,mampuih hang! Ingat terlepas seksaan tapi kena jugak bedai. Kadang kala aku sendiri keliru macam mana nak mandi hadas dengan betul. Kalau mandi hadas ikut cara sendiri atau cara yang orang ajarkan dan kita pula tak yakin dengan cara tu,sudah semestinya menjadi was-was dalam diri kn? Nak bertanya malu,jadi hentam la buat asalkan mandi dari tak mandi.. Jenuh lagu tu..Dalam kekeliruan aku ni,aku mendapat ilmu dari satu majalah Islam tentang cara-cara mandi hadas yang betul. Jadi,jom kita check betul or tak mandi hadas kita selama ni dan bagi yang tak tahu,leh la belajar :) Mudah-mudahan Allah merahmati dan menerima amal-amal kita..Amin..
Aisyah r.a berkata, "Dahulu,jika Rasulullah s.a.w hendak mandi janabah (junub), baginda membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga menganggap telah cukup, tuangkan air ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu disiram seluruh badannya dan kemudiannya dibasuh kedua-dua kakinya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi iaitu:
1. Membaca Bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar. (Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar kerana Allah Ta'ala)
2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
3.Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai kebawah.
9. Menggosok bahgaian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketaiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
10. Membasuh kaki.
Jika mandi menggunakan 'shower',tidak perlu tiga kali, memadai yakin air meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.