Saturday, 16 April 2011

Karakter dan Keunggulan Aisyah r.a

    Ibnu Kathir menyebutkan sejumlah karakter dan keistimewaan yang dimiliki oleh Aisyah. Di antara karakter dan keistimewaan itu ialah seperti berikut:
 a. Aisyah adalah satu-satunya perawan yang bernikah dengan Rasulullah.

 b. Rasulullah pernah bermimpi didatangi oleh malaikat sebanyak dua atau tiga kali. Dalam mimpinya itu,Rasulullah melihat malaikat membawa Aisyah yang ditutupi dengan sehelai sutera. Kemudian malaikat itu berkata, "dia ini isterimu." Jadi,Rasulullah bernikah dengan Rasulullah berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t.

 c.Aisyah adalah isteri yang paling dicintai Rasulullah.
-Berdasarkan hadith yang sahih,berasal dari Mar ibnu Al-Ash yang memeluk Islam pada tahun ke lapan. Suatu hari Amr ibnu Al-Ash bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah,siapakah orang yang paling kamu cintai?" Rasul menjawab, "Aisyah." Kemudian Amr ibnu Al-Ash bertanya lagi, "jika golongan lelaki?" "Ayahnya," jawab Rasulullah. Jadi,Aisyah adalah wanita yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w.

 d. Nabi tidak pernah menerima wahyu ketika tidur berselimut dengan isterinya kecuali ketika bersama Aisyah.
- Hisyam bin Urwah meriwayatkan bahawasanya para sahabat akan menunggu hari di mana Rasulullah berada di rumah Aisyah untuk memberi hadiah. Para sahabat tahu berapa besar cinta Rasulullah terhadap Aisyah. Untuk itu mereka lebih suka menyerahkan hadiah kepada Rasulullah pada ketika beliau berada di rumah Aisyah agar semakin bertambah bahagia. Melihat perkara ini, isteri-isteri Rasulullah yang lain mengadu kepada Ummu Salamah yang usianya paling tua dibandingkan dengan isteri-isteri Rasul yang lain. Mereka mengadu sambil berkata, "wahai,Ummu Salamah kamu tahu bahawa orang akan memberikan hadiah kepada Rasulullah pada ketika beliau berada di rumah Aisyah. Padahal kami juga mahukan kebaikan dan keberkatan sebagaimana yang diinginkan oleh Aisyah. Untuk itu,mintalah Rasulullah memberitahu para sahabat supaya mereka menyerahkan hadiahnya di mana pun Rasulullah berada."
   Kemudian Ummu Salamah menemui Rasulullah dan menyampaikan keluhan ister-isteri Nabi yang lain. Namun Rasul berdiam diri dan tidak menjawab. Ketika Ummu Salamah mengadukan hal itu buat kali keduanya,Rasul hanya diam dan tidak menjawab. Dan kali ketiganya Ummu Salamah mengadu, Rasul menjawab sambil berkata, "wahai,Ummu Salamah. Janganlah menyakitiku dengan menyakiti Aisyah. Sesungguhnya wahyu tidak pernah turun kepadaku di ketika aku tidur berselimut dengan isteriku kecuali ketika bersama Aisyah. (Hadith Riwayat Tirmizi)


 e. Aisyah adalah anak perempuan dari Abu Bakar As-Siddiq.
- Isteri-isteri Rasulullah terbahagi kepada 2 kelompok. Kelompok pertama terdiri daripada Aisyah,Hafshah,Shafiyyah dan Saudah. Sedangkan kelompok kedua terdiri daripada Ummu Salamah dan isteri-isternya yang lain. Sebagaimana yang telah diceritakan,para sahabat tahu Rasulullah amat menyintai Aisyah. Oleh itu,apabila mereka memiliki hadiah yang ingin diberikan kepada Rasulullah,mereka akan menunggu ketika Rasulullah berada di rumah Aisyah.
  Kerana itu,isteri-isteri Rasulullah dari kelompok Ummu Salamah memintanya untuk mengatakan perkara itu kepada Rasulullah. Namun Rasulullah menjawab aduan itu dengan tegas sehingga Ummu Salamah menyesal sambil berkata, "aku taubat kepada Allah atas perkara itu ya Rasul."
  Oleh kerana aduan itu tidak membawa kesan,mereka membuat inisiatif yang lain. Kali ini,mereka meminta Fatimah binti Rasulullah mengatakan hal itu kepada ayahnya. Fatimah pun menemui Rasulullah dan berkata, "ya Rasul, isteri-isterimu menuntut keadilan atas Aisyah anak perempuan Abu Bakar." Namun dengan tegas Rasulullah menjawab kembali, "wahai anak perempuanku. Tidakkah kamu mencintai apa yang aku cintai?!" Seketika Fatimah pun menjawab, "tentu sahaja Rasulullah. Aku mencintai apa yang kamu cintai." Kemudian Fatimah beredar dan menemui kelompok Ummu Salamah dan menceritakan apa yang terjadi. Setelah mendengar itu,isteri-isterinya memohon untuk Fatimah mengadukan hal itu sekali lagi,namun Fatimah menolak.
  Oleh kerana pengaduan itu tidak memberikan kesan,mereka meminta Zainab binti Jahsy untuk mengadukan hal tersebut. Zainab binti Jahsy pun menemui Rasulullah dan mengadukan hal tersebut. Zainab binti Jahsy berkata, "ya Rasul,isteri-isterimu yang lain meminta keadilan ke atas Aisyah binti Abu Bakar." Zainab binti Jahsy bercakap dengan suara yang kuat sehingga sayup-sayup terdengar oleh Aisyah yang sedang duduk. Setelah perkara itu,Zainab binti Jahsy juga meluahkan kata-kata emosinya kepada Aisyah sehingga Rasulullah melihat ke arah Aisyah,barangkali dia ingin turut bersuara. Ternyata benar, Aisyah bersuara membalas percakapan Zainab binti Jahsy sehingga membuatnya terdiam. Kemudian Rasulullah s.a.w berkata, "dia adalah anak perempuan dari Abu Bakar." (Hadith Riwayat Bukhari).


f. kelebihan Aisyah dibandingkan dengan wanita lain adalah seperti tsarid dibandingkan dengan makanan lain.
l-Hadith daripada Anas yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "kelebihan Aisyah dibandingkan dengan wanita lain adalah seperti kelebihan tsarid daripada makanan yang lain." (Hadith Riwayat Bukhari)


 g. Aisyah adalah isteri Rasulullah dunia dan akhirat.
- Aisyah berkata, "ya Rasul,siapakah di antara isteri-isterimu di syurga?" Rasul menjawab, "sesungguhnya kamu merupakan salah seorang daripada mereka." Aisyah berkata mengulas jawapan Rasul tersebut, "mungkin hal itu kerana Rasul tidak menikah dengan seorang perawan pun selain daripada aku."

 h. Rasulullah meninggal di dalam dakapan Aisyah. Pada detik-detik akhir hendak meninggalkan kehidupan dunia dan memasuki kehidupan akhirat,air ludah Aisyah bercampur dengan air ludah Rasulullah pada kayu siwak. Selain semua itu,Rasulullah juga dikebumikan di rumah Aisyah.