Jiwa sepi. Ia sepi dari keseronokkan. Ia mahukan kebebasan. Ia mahu hidup itu!! Tidak dapat dikawal. Semakin hari ia memberontak. Aduh! Tidak mungkin aku mahukan kehidupan yang aku tinggalkan. Kehidupan itu, tak rela! Tapi, aku mahu juga. Apa salah? Sekali sekala bagiku. Sesudahnya pasti aku kembali ke jalan pulang. Aaaahhh!!! Seandainya itu terakhir kali? Seandainya aku tidak mampu ke jalan pulang? Kusut..
Apakah kurangnya amalanku? Kenapa dia harus menghantui? Nafsu itu,pastinya tidak mampu. Aku kembali mengenangkan firman Allah Ta'ala, "apakah kamu mengaku kamu benar-benar beriman sedangkan Kami tidak mendatangkan ujian kepadamu?" Astaghfirullah. Inikah ujianMu padaku? Jadikan aku hambaMu yang redha dan limpahkanlah kesabaran ke atasku,tetapkanlah pendirianku dan menangkanlah aku terhadap orang-orang kafir.
Sesungguhnya, aku takut. Aku takut aku akan mengikut kata. Ah! Sepatutnya dia yang mengikut aku. Aku tidak mahu bertuhankan dia. Ya ALLAH,janganlah jadikan aku hamba pada nafsu serakah yang sentiasa memberontak melanggar perintah-Mu.
Dapatkah aku menjadi seperti Ummul Mukmin itu? Sungguh mulia wanita yang dibersihkan namanya di dalam kitab yang teragung oleh ALLAH Ta'ala. Apakah aku mampu menjadi seperti mereka? Hati juga memberontak menjadi seperti insan-insan yang mulia itu. Seandainya "muqarribiin" tidak ditabalkan, sebagai puak kanan aku pasti bersyukur. Namun....dapatkah aku? Ya ALLAH.aku tidak layak ke syurga-Mu namun aku tidak mahu ke neraka-Mu.
Aku mahu menjadi seperti Saidina Abu Bakar r.a. Imannya sekiranya dikumpulkan iman seluruh umat Islam,pasti tidak mencukupi. Aku ingin menjadi seperti Aisyah r.a yang sanggup meninggalkan dunia untuk mengejar akhirat Allah yang kekal abadi. Aku mahu menjadi seperti keluarga baginda,sahabat-sahabat baginda yang mulia. Menegakkan jalur Islam sehingga berjaya. Sekarang,mereka mengikuti jalan itu. Jalan yang aku pernah lalui. Jalan perit. Menambahkan dosa,menghilangkan iman dan merendahkan Islam. Wah! Mereka meninggikan mereka. Mereka dan mereka sama. Bukan dari agama,pakaian itu tingkah lakunya sama sahaja dengan mereka. Mereka suka begitu. Mereka pula pastinya berbangga. Tidak mungkin dengan peperangan. Tapi dengan fikiran. Berjayalah mereka. Mereka mengikuti pula.
Pastinya aku memohon agar Islam setiap detik, meresapi diri ini. Agar tidak menjadi seperti mereka. Aku tidak menghina, sedikit terkilan. Aku mengerti mereka. Ingin aku luahkan,pastinya itu menjadi pendebatan. Islam tidak memaksa. Aku pernah membaca di dalam Kitab Suci-Nya. Biarkan mereka memilih jalan mereka. Antara kekufuran dan keimanan. Kerana ALLAH tidak memaksa. Mudarat datang kepada diri. Hanya diri mampu menyelamatkan diri. Aku pula dikatakan warak. Sedangkan aku mahu mereka mengerti jalan itu jalan aku dahulu. Jalan yang mudah diikuti. Susah dihindari. Melainkan dengan perlindungan dan pertolongan ALLAH. Aku tidak rela melihat mereka memperbodohkan diri seperti aku. Sudah bodoh tambah bodohnya.
Mudah-mudahan Allah membukakan pintu hati mereka dan memberikan hidayah lalu ditetapkan di dalam taufiq hidayah ALLAH Ta'ala.
No comments:
Post a Comment