Monday, 2 May 2011

Warkah Untuk Yemen

Bismillahhirrohmanirrohim...

 Assalammualaikum sayang. Mudah-mudahan sayang sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah s.w.t.

  3 tahun lepas kita berjumpa. Berbalas senyuman dan sekadar bertegur sapa seandainya sayang datang kedai Allahyarhamah mak. Satu hari tu,Merah dapat mesej dari nombor yang Merah tak tahu. Kita berbalas mesej sebelum sayang ajak keluar. Sayang jemput Merah di 7-eleven Jelutong(nak ambil depan rumah baru la kena belasah dengan mak kan? Hehehehe.) Kita keluar pergi ronda-ronda,lepak kat Gurney dan bersembang. Merah ingat merah yang banyak mulut,rupanya sayang lagi banyak mulut dari Merah. Non-stop talking! Merah nak bercakap,sayang tak habis-habis bercakap sampai la Merah dengar jea story sayang. Lepas tu,kita keluar lagi. Merah dah makin sukakan sayang. Ingat tak kita pergi jumpa kakak Merah,si Atie kat Gurney? Masa tu dia berkawan dengan colleague sayang,Borhan. Kita lepak 4 orang. Kami bertiga dengar lagi story sayang. Hubungan kita makin hari makin mesra,terus terang hati ni dah terpaut pada sayang walau tak dapat terima cara sayang yang suka bercakap tu kan? Hehehe. Tapi takper lah,asalkan Merah senang dengan sayang ok la tu. Sampai la satu hari,sayang bukak cerita pasal mek kelate. Dalam masa sayang bercerita pasal dia,dalam hati Merah pula "rupa-rupanya da ada awek,nasib aku baru suka kat hang,kalau da terjah pi sayang hang,jenuh aku.Menangis lagi jawapnya." Merah terima sayang ada awek kelate tu,tapi hati ni  nak tahu juga antara Merah dengan awek kelate tu sayang pilih yang mana satu. Dengar awek kelate tu bertudung,lagi lah Merah pendam perasaan pada sayang dan anggap sayang hanya buat Merah sebagai pengisi masa lapang sayang. Merah rock,maruah entah dimana dan Merah tak cantik bagaikan bidadari sampai nak minta sayang pilih Merah. Sebab kedua,memandangkan kita hanya sekadar kawan,Merah tak mahu nampak sangat yang Merah da sukakan sayang. Jadi,secara perlahan-lahan Merah undurkan diri. Merah tak mahu sayang tersepit antara dua wanita yang berlainan wataknya dan seharusnya Merah sedarkan diri Merah tak layak untuk bersama sayang.

  Memandangkan sayang dah ada awek,jadi Merah rasa tak perlu la nak simpan perasaan pada sayang. Anggap saja sayang kawan Merah. Macam biasa,Merah senang terima seseorang dan senang pula untuk lupakan orang tu. Merah anggap sayang kawan Merah dan berkenalan dengan colleague sayang. Satu hari,sayang hantar mesej dan kata sayang buat solat istikharah dan dalam mimpi sayang,sayang nampak Merah dan hati sayang berat pada Merah. Tapi,semua tu dah terlambat,Merah tak mungkin terima seseorang yang tinggalkan orang lain demi orang lain. Merah pernah rasa perasaan ditinggalkan demi orang lain. Merah tak mahu perempuan lain pun alami perasaan yang sama. Jadi,Merah tetap berhubung dengan colleague sayang,Zainal. Sayang ada tanya kat Merah sapa colleague sayang dan Merah gitau rahsia. Agak lama Merah rahsiakan dan lastly,sayang dapat tahu juga dari sahabat sayang merangkap kekasih sahabat Merah juga,Omar (da bernikah dengan Fiza dan I-Allah akan dikurniakan seorang anak pada bulan 8 ni). Merah langsung tak peduli perasaan sayang masa tu. Merah ingatkan sayang masih dengan awek kelantan tu. Rupa-rupanya sayang dah putus sebab mak perempuan tu pun tak nak orang jauh-jauh kan?

  Kita dah berlainan arah. Sayang dengan kehidupan sayang,begitu juga dengan Merah. Suatu hari sayang gitahu yang sayang nak sambung belajar dalam bahagian agama di Kelantan. My hanya mampu wish good luck for you memandangkan Merah dah couple dengan Zainal. Sayang balik sini pun sekali sekala. Then,sayang pindah pergi ke Perlis lak sebab ilmu kat sana lagi mendalam. Sayang mencari keredhaan Allah,Merah pula mencari kemurkaan Allah. Merah semakin hampir pada pintu neraka,sayang pula berjuang untuk ke pintu syurga. Berbeza kehidupan kita berdua. Tapi,setiap kali sayang balik sini,dalam kepala ni asyik kata "sayang lebih layak dengan orang yang solehah bukan dengan Merah.Satu hari nanti,ALLAH pasti bukakan hati sayang untuk orang lain dan sayang akan bertemu dengan insan yang layak dengan sayang".

  Sayang datang kedai dan pada mula Merah sangkakan sayang cuti ataupun dah habis belajar tapi khabar lain sayang nak sampaikan. Merah cuba berlagak tenang depan sayang sedangkan hati Merah berdebar-debar tak tentu pasal. Entah kenapa,kedatangan sayang kali ni buat Merah seronok. Tapi,hati ni asyik kata "jangan nak bermimpi,tak mungkin hang nikah dengan dia."  3 tahun dah berlalu,Merah masih terumbang ambing dengan kehidupan Merah manakala sayang..... Berbezanya kita sayang. Merah ibaratkan bumi yang sering dipijak manakala sayang ibaratkan langit yang sentiasa mampu dilihat namun tak mampu disentuh. Cemburunya Merah pada wanita yang bakal menjadi isteri sayang. Merah hanya mampu pandang sayang,Merah tak mampu miliki sayang memandangkan Merah dah kotor,dah hina dan jalan kita berdua jalan yang berlainan. Tak mungkin kita akan bersama. Tak mungkin!! Masa tu pula,Merah ada masalah. Merah ingat lagi yang Merah nekad tak mahu couple dengan sesiapa selama 2 tahun sebab hati Merah betul-betul dah tertutup buat lelaki. Merah tak mahu couple,tak mahu main-mainkan perasaan orang dan tak mahu dah nak berkenalan dengan lelaki-lelaki lain sebab Merah nak berubah. Betul-betul nak berubah.

   Khabar yang sayang sampaikan tu,buat Merah sedikit tergamam dan berat hati untuk lepaskan sayang pergi. Merah tak mahu kehilangan sayang. 4 atau 10 tahun sayang akan berada di Yaman untuk melanjutkan pelajaran sayang. Malam tu juga,Merah hantar mesej kat sayang kan? Dengan muka tebal,Merah tanya sayang sayangkan Merah lagi tak? Tahu tak sayang yang jawapan sayang buat Merah mengalir air mata. "Selama 3 tahun kita kenal,kasih sayang pada Merah tak pernah berubah." Ayat ni la buat Merah terima sayang dan Merah lupakan apa yang Merah da nekadkan. Malam tu juga,kita bincang tentang pertunangan dan perkahwinan.

 Alhamdulillah,Allah melimpahkan kesabaran pada Merah dalam menghadapi ujian sepanjang hari untuk bertunang. Kita da bergelar tunang dan sentiasa membawa gelaran tu sehingga hari pernikahan kita. InsyaALLAH,semoga Allah melimpahkan kesabaran pada kita untuk menghadapi ujian dalam alam pertunangan dan pada alam pernikahan kita berdua kelak. InsyaAllah. Sayang,terima kasih kerana sayang sentiasa sokong apa jua yang Merah lakukan,terima kasih kerana masih sayangkan Merah selama 3 tahun ni walau berbagai-bagai perkara yang Merah lakukan pada sayang. Terima kasih kerana sentiasa tenangkan Merah pada saat Merah sedih,kusut dan memerlukan perhatian. Terima kasih kerana sudi terima keadaan Merah yang tiada apa ini. Terima kasih kerana cintakan Merah dengan seikhlas hati sayang. Ingatlah,sayang sentiasa berada dalam hati Merah dan sayang adalah kurniaan Allah Ta'ala pada Merah. Merah takkan lepaskan sayang kecuali sayang yang lepaskan Merah. Terima kasih kerana hadir dalam hidup Merah. Sayang berada dalam tempat yang teristimewa dalam hati Merah.

Ya Allah,tetapkanlah hati aku dan hatinya bersama,
Tetapkanlah kasih sayang di antara kami,tetapkanlah kerinduan di hati kami,
Cambahkanlah kasih sayang di antara kami,cambahkanlah kerinduan di hati kami berdua,
Ya Allah,janganlah Engkau palingkan kasih sayangnya untuk orang lain,
Janganlah Engkau palingkan kasih sayang aku untuk orang lain,
Satukanlah kami dalam ikatan yang sah,
Jadikanlah kami berdua suami isteri yang sah dan Engkau redhai,
Ya Allah,jadikanlah kami berdua hambaMu yang taat dan patuh kepadaMu,
jadikanlah anak cucu kami hambaMu yang taat dan patuh kepadaMu,
tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat untuk kami beribadah kepadaMu,
Ampunilah dosa-dosa kami,
Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengampuni dan Maha Penyayang

Ya Allah,selamatkanlah dia di mana saja dia berada,
Lindungilah dia,rahmatilah kehidupannya di dunia dan di akhiratMu,
Ampunilah dosa-dosanya dan jadikanlah dia imam ikutanku,
Permudahkan urusan-urusan kami dan janganlah Engkau memikulkan kepada kami apa yang tidak dapat kami pikulkan.

Ya Allah,hambaMu ini berterima kasih di atas kurniaan yang Engkau berikan kepadaku,
Aku bersyukur kepadaMu kerana Engkau telah tetapkan kasih sayangnya padaku,
Engkau limpahkan kasih sayang di antara kami berdua,
Satukanlah kami di dunia dan akhiratMu sebagai suami isteri yang Engkau redhai,
Ampunkanlah dosa-dosa kami.
Amin Ya Rabbal Alamin.......